Saya Enggan Solat Sehingga Kami Bercerai - Wanita Tuntut Cerai Tak Tahan Suami Tunjal Kepala Kejut Solat
Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
INSURANS motor, juga dikenali insurans kenderaan, kereta atau auto, adalah insurans yang dibeli untuk kereta, trak, motosikal dan kenderaan lain atas jalan raya. Matlamat utama insurans motor adalah menyediakan perlindungan kewangan terhadap kerosakan fizikal dan/atau kecederaan badan akibat perlanggaran trafik, termasuk liabiliti yang berpunca daripada kemalangan itu.
Dalam kes tertentu, insurans motor turut menawarkan perlindungan di luar skop kemalangan trafik seperti kecurian, bencana alam dan unsur khianat. Walaupun bermatlamat sama, terma insurans berbeza dengan undang-undang sesebuah negara, termasuk manfaat perlindungan yang juga berlainan antara sesama syarikat polisi.
JENIS POLISI
Asasnya, ada 3 jenis perlindungan insurans, iaitu Pihak Ketiga; Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian; dan Komprehensif.
- Pihak Ketiga - Hanya melindungi liabiliti pihak ketiga akibat kecederaan, kematian dan kerugian atau kerosakan harta benda.
- Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian - Menawarkan perlindungan yang sama dengan Pihak Ketiga bersama tambahan kerugian kenderaan sendiri akibat kebakaran tidak disengajakan dan kecurian.
- Komprehensif - Memberikan perlindungan yang ditawarkan dua polisi di atas, termasuk melindungi kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan.
Persamaan ketiga-tiga insurans ialah perlindungan yang ditawarkan tidak merangkumi liabiliti pemandu dan penumpang kenderaan seperti harta benda, kecederaan tubuh badan dan kematian.
PENGECUALIAN
Insurans motor standard tidak melindungi pemegang polisi daripada 5 ciri berikut:
- Kematian atau kecederaan sendiri.
- Liabiliti tuntutan daripada penumpang kenderaan.
- Kecurian aksesori kenderaan bukan pemasangan kilang seperti pemain audio, kerusi kulit dan rim sport kecuali diisytihar.
- Kerugian lanjutan, susut nilai, haus dan lusuh, kerosakan mekanikal atau elektrik atau pemecahan.
- Kerugian atau kerosakan akibat kejadian semula jadi seperti banjir dan tanah runtuh.
Bagaimanapun, premium tambahan boleh dibayar untuk melindungi pengecualian tertentu seperti banjir atau liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan. Anda juga boleh mempertimbangkan perlindungan tambahan untuk cermin depan dan aksesori kenderaan untuk mengekalkan diskaun tiada tuntutan (no claim discount - NCD) jika berlaku kerugian atau kerosakan.
Apapun, pengecualian lain dan perlindungan tambahan adalah berbeza antara syarikat insurans. Pastikan semakan dibuat terlebih dahulu.













0 komentar:
Posting Komentar