Tampilkan postingan dengan label semasa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label semasa. Tampilkan semua postingan
Kamis, 02 November 2017

Pinang Fazura 13 November, Ini Jawapan Fattah Amin & Fazura!

What is Forex Trading ?

Forex trading allows you to speculate on the changes in currency strengths over time, trading currencies and buying or selling one against the other. Forex traders seek to profit from fluctuations in the exchange rates between currencies, speculating on whether one currency's value, like the pound sterling, will go up or down in relation to another, such as the US dollar.

With over 5 trillion dollars’ worth of currencies traded globally every day, the foreign exchange market is the most traded in the world, making it a highly liquid and dynamic market. This high market liquidity means that prices can change rapidly in response to news and short-term events, creating multiple trading opportunities for retail FX traders.

Spekulasi tentang pertunangan Fattah Amin dan Fazura yang dikatakan bakal berlangsung pada 13 November ini telah mengejutkan banyak pihak.

 Malah, perkara tersebut juga masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini kerana tiada kenyataan daripada Fattah mahupun Fazura.




 Fattah ketika ditemui semalam, masih mengambil pendekatan selamat untuk tidak mengiyakan mahupun menidakkan khabar angin tersebut.

 "Apa yang boleh saya katakan, selagi tidak keluar apa-apa daripada mulut kami berdua, doakan yang baik-baik sahaja.

 "Lagipun, saya suka buat kejutan. Sebelum ini saya beri bunga kepada Fazura pun semua orang tidak tahu.

 "Saya tidak mahu mengulas, mungkin bukan 13 November kami bertunang, mana tahu esok?

  "Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan,” katanya kepada Astro Gempak.

 Pasangan ini ditemui selepas majlis pra-tonton supertelefilem Wanita Terindah di GSC, Pavilion malam tadi.

 Sementara itu, Fazura mengakui terkejut dengan khabar angin itu dan menganggap ia gimik yang cuba dicipta sebelum tayangan rasmi Wanita Terindah pada 2 November 2017.

 "Saya juga terkejut dengan hal ini. Mungkin juga perkara terbabit bertebaran kerana gimik cerita lakonan kami kali kedua ini.

 "Buat masa ini kami sibuk bekerja seperti biasa.

 "Jika ada berita baik, saya tidak akan mengenepikan wartawan yang sentiasa menyokong kerjaya saya.

 "Soal jodoh saya tidak berani hendak mengulas, apa-apa pun doakan yang baik-baik," kata Fazura.

 Selain Fazura dan Fattah, Wanita Terindah turut membariskan pelakon seperti Sarah Hildebrand, Liza Othman, Adam Mika, Ridzuan Hashim dan Samantha Katie James.

 Ia disiarkan menerusi Eksklusif (saluran 480) bermula hari ini.

‘DATUK SERI’ KAKI PUKUL POSITIF DADAH, GELARAN DISIASAT POLIS

Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ yang mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) baru-baru ini, disahkan positif dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, perkara itu diketahui melalui saringan ujian air kencing selain suspek juga pernah memiliki rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.




Malah menurutnya, pihak polis akan menjalankan siasatan sekiranya suspek terlibat dalam jenayah-jenayah lain serta menyemak gelaran dan darjah yang dianugerahkan kepadanya.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan menunjukkan dia juga mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Polis akan menjalankan siasatan sekiranya suspek terlibat dalam kegiatan yang mungkin melanggar undang-undang termasuk menyemak gelaran Datuk Seri yang diterimanya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki terbabit.

Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta lelaki itu mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.

SOurce : Astrowani

SUBHANALLAH DOA JEMAAH HAJI 5 TAHUN LUMPUH, AKHIRNYA DIKABULKAN ALLAH DAPAT BERJALAN SEMULA DI MADINAH..

Allah Maha Mendengar setiap doa hambaNya. Begitulah satu keajaiban yang yang terjadi kepada, Fatimah Abd Latif, 60, yang selama 5 tahun tidak boleh berjalan kerana lumpuh separuh badan iaitu di bahagian kirinya kerana di serang angin ahmar.

Beliau telah menceritakan pada satu hari ketika menunaikan ibadah haji di sana tiba-tiba beliau terasa kakinya boleh digerakkan. Ia berlaku selepas beliaubangun dari tidur dan ketika sedang bersiap sedia bagi menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.





“Saya terus memanggil anak perempuan supaya memeriksa kaki kiri kerana masih tidak percaya dengan apa yang dialami pada waktu itu.

“Kemudian, saya cuba bergerak tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja. Bagaimanapun, saya cuba lagi bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi,” katanya ketika diceritakan kepada wartawan myMetrodi setibanya beliau di KLIA.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah memohon supaya kaki kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah.

“Allah memakbulkan doa saya dan kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur atas nikmat ini,” katanya.

Menurutnya, beliau memang menggunakan kerusi roda untuk bergerak sewaktu tiba di Madinah untuk ke Makkah sebelum Allah memakbulkan doanya..

Isu Bugis lanun: Sultan Selangor murka kenyataan Tun M

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais berkata berdasarkan rakaman klip video ucapan Pengerusi Pakatan Harapan itu yang tular di media sosial, Sultan Selangor menyifatkan tohmahan serta kenyataan Dr Mahathir tersebut jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis kononnya berusul daripada golongan lanun, perompak serta penjenayah.



"Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan serta huru-hara.

"Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal daripada Bugis," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Hanafisah, fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor berketurunan Bugis merupakan pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahankan agama serta keamanan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara.

Katanya Dr Mahathir sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang menerajui pemerintahan negara selama 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan seharusnya juga lebih mengetahui tentang fakta sejarah keturunan bangsa Bugis.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga mengingatkan kepada semua pihak terutama orang-orang politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat negara ini.

"Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan isu ini dan berpandangan supaya satu siasatan serta tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Tun Dr Mahathir," katanya.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Okt lepas cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.

Perkara itu turut mendapat reaksi Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang mengaku tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan tersebut.

Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini turut menuntut Dr Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka.

Source  BERNAMA
Rabu, 01 November 2017

'Rezeki...' - Lepas Viral Foto Laptop Kotak, Lelaki Ini Dapat Laptop Percuma Dari Acer

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.

Itu peribahasa yang boleh diberikan kepada seorang lelaki di Twitter, yang mana fotonya menggunakan laptop kotak menjadi viral sebelum ini di media sosial.







Perkara itu didedahkan sendiri oleh lelaki terbabit yang dikenali sebagai Yeop oleh rakannya yang berterima kasih kepada pihak yang membantu memviralkan foto terbabit.

Berita gembira itu kemudiannya diviralkan pula oleh rakan Yeop yang dikenali sebagai Herman Jalani.

"Aku dapat laptop dari Acer... pasal viral hari tu.." kata Yeop kepada Herman sambil berterima kasih kepadanya.

Sebelum itu, foto Yeop yang gigih melakukan kertas kerja biarpun laptopnya rosak teruk sehingga terpaksa bersandarkan kepada kotak mencetus viral dan perasaan hiba dalam kalangan netizen.


















Video Koleksi Bongkar Sumbang Mahram Dua Beranak

Find the Best Cheap Car Insurance

Whether you’re buying only liability insurance or a full coverage car insurance policy, the thought of cheap car insurance is enticing. And there’s no better way to find the best deal than by shopping around and comparing quotes.

To help you find the cheapest car insurance, NerdWallet did a car insurance comparison of rates from the five largest auto insurers across the 12 most populous states in the country. Rates are for good drivers without accidents or tickets, with policies that include liability, collision and comprehensive coverage.

Seorang isteri bukan main terkejut apabila menemukan video suaminya melakukan hubungan sumbang mahram dengan anak kandungnya sendiri yang masih berusia 15 tahun.

Lewat video berkenan lelaki yang hanya mahu dikenali dengan nama MM 43 ditahan polis kota komba selepas perbuatan jijiknya itu terbongkar.



Menurut ibu mangsa,dia suruh suaminya untuk mengambil Hp yang di Cas di rumah,dalam perjalanan semula ke sawah dia sengaja membuka Galeri video milik suaminya.

Bak disambar petir,wanita berusia 40 tahun itu bukan main terkejut apabila menemukan video suaminya memaksa anak kandungya melakukan hubungan intim.

Hal itu kemudian maklumkan kepada pihak polis sebelum melakukan tangkapan.

Pihak polis yang menyiasat menemukan sekurang kurangnya 6 video dan 7 gambar tanpa busana mangsa .

Menurut mangsa ayah kandungnya itu mulai melakukan perbuatan sumbang mahram sejak setahun lalu.

Video berkenan di jadikan alat untuk mengungut mangsa jika rahsia mereka di bocorkan kepada orang lain selain itu mangsa juga di ungut akan diberhentikan sekolah dan dipukul

Menurut mangsa lagi,dia sudah 8 kali dipaksa melakukan hubungan itu sejak awal tahun lalu,dan bapanya sengaja merakam hubungan sumbang mahram berkenan untuk menakuti mangsa.

Pihak polis Kota Komba Kepoh yang menyiasat sudah menahan suspek dan menyimpan barang bukti,dan suspek bakal di sidang minggu hadapan.

Sementara mangsa dan ibunya di jaga oleh pusat perlindungan negeri itu selepas pihak hospital kota komba mengesahkan mangsa kini dalam keadaan hamil 3 bulan.

Sumber: Eberita
Senin, 25 September 2017

Mayat Penjual Kuih Ditetak, Dipotong Dipercayai Kerana Cemburu Hasil Jualan Lebih Laris


Shah Alam - Mayat seorang penjual kuih warga Bangladesh ditemui dicampak di dalam longkang di persiaran Kuala Langat, Seksyen 27, dalam keadaan dipotong dan ditetak.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, majikan mangsa membua laporan tentang kehilangan salah seorang pekerjanya sejak Khamis lalu kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Kata beliau juga, dalam masa yang sama, majikan mangsa turut membawa dua lelaki warga Bangladesh yang didakwa membunuh mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu.

“Hasil siasatan yang dijalankan kemudian mendedahkan salah seorang suspek telah mengaku membunuh mangsa di sebuah flat di Taman Megah, Shah Alam, Khamis lalu.

“Kemudian, dengan bantuan seorang lagi suspek, mayat mangsa telah dibawa ke lokasi sebelum dibuang di longkang,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian setakat ini tidak menemui sebarang dokumen milik mangsa, namun pihaknya akan menjalankan pemeriksaan di flat terbabit untuk mencari bahan bukti atau senjata yang digunakan.

Mengulas lanjut, Shafien memaklumkan, motif kejadian dipercayai kerana suspek cemburu dan rasa sakit hati berikutan perniagaan kuih mangsa lebih laris daripada suspek.

Tambah beliau lagi, soal siasat mendapati, suspek telah membunuh mangsa dengan menggunakan tukul besi dengan menghentaknya di kepala. Dalam pada itu, suspek juga turut mengaku telah memotong mayat mangsa.

“Siasatan masih dijalankan dan kedua-dua suspek berusia 30-an ini akan direman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sumber: Siakapkeli

‘Kenapa Tak Boleh Minum Arak, Orang Jepun Mabuk Pun Maju!’ – Siti Kasim


Siti Kasim memuatnaik status menunjukkan beberapa keping gambar semasa lawatannya ke sebuah kawasan yang menempatkan ratusan tong arak di Jepun.

Sengaja mencabar atau tidak, ini telah mengundang kemarahan orang ramai. Wanita ini lantang menyuarakan isu-isu yang bertentangan dengan agama Islam seperti LGBT dan sebelum ini juga ada mempertikai hukum korban semasa Raya Aidiladha.


“Saya tak nampak orang Jepun mabuk dan memberi masalah kepada masyarakat, sebaliknya merekalah bangsa yang paling produktif di dunia,” antara maksud terjemahan dalam statusnya. Pendiriannya mendapatkan pelbagai reaksi dari netizen.

Menjadi pertanyaan, adakah satu perlian dari Siti gara-gara pesta arak yang dibatalkan penganjurannya baru-baru ini?


Untuk makluman, ini bukanlah sekali dia mengeluarkan kenyataan begini.

Polis Bawa Suspek Ke Tapak Tahfiz Terbakar, Arah Buat Lakonan Semula


Berikutan tragedi kebakaran Pusat Darul Quran Ittifaqiyah, pihak polis dipercayai membawa lebih daripada seorang suspek untuk melakukan lakonan semula di lokasi kebakaran.

Pada jam 2.15 petang tadi, polis mula mengarahkan orang ramai yang berada berhampiran pusat tahfiz itu, supaya mengosongkan kawasan tanpa menyatakan tempoh larangan itu dibuat.

Pita kuning polis telah diletakkan di pintu masuk tasik, serta di bahagian belakang dan masjid di sebelah.

Kira-kira lebih 20 anggota polis ditugaskan membawa suspek kejadian dan membuat lakonan semula di beberapa lokasi berdekatan tasik, belakang masjid dan laluan belakang pusat tahfiz tersebut.

Beberapa anggota polis dilihat mengawal ketat lalu lintas dan petugas media tidak dibenarkan memasuki kawasan kejadian semasa proses lakonan semula dijalankan. - Siakapkeli
Minggu, 24 September 2017

(Video) Tragedi Kren Terbalik, Tak Sempat Ucap Selamat Tinggal Kepada Orang Tersayang




Kejadian kren menara jatuh memang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Punca-punca yang menyebabkan hal seperti boleh berlaku mungkin disebabkan masalah kren itu sendiri, masalah cuaca ataupun masalah daripada pihak pemaju itu sendiri.

Berdasarkan artikel ini, satu tragedi kren menara yang jatuh ini berpunca daripada sikap tanggungjawab yang diamalkan oleh sesetengah pemaju hartanah. Mengendalikan kren menara bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia perlu dikendalikan oleh orang-orang yang terlatih sahaja.

Satu rakaman video tragedi yang dikongsi oleh saudara Mal Swan melalui laman sosial facebook nya.  

Perkara ini baru berlaku semalam dimana kren menara jatuh di Poland dan gambar tersebut menunjukkan pengendali kren meninggal dunia ketika bergegas untuk cuba menyelamatkan nyawanya. Saya boleh bayangkan ketakutan dalam fikirannya apabila melalui detik-detik cemas ketika dia cuba untuk keluar daripada tempat mengendalikan kren tersebut. Dia tidak berpeluang untuk menurunkan kren tersebut setinggi 130 atau 180 kaki untuk menjadikan kren tersebut kukuh berdiri diatas tanah, beliau juga tidak berpeluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada isteri atau anak-anak yang tersayang. Lelaki yang bekerja keras ini meninggal hanya dalam sekelip mata sahaja iaitu dalam kira-kiran 5 saat. Dia juga menghadapi detik pengalaman yang amat menakutkan saat akhir kematiannya.

Hal ini merupakan sebab saya dan 180 pengendali kren menara di Ireland sanggup meminta gaji yang tinggi untuk bekerja sebagai pengendali kren menara supaya kami boleh menyediakan apa-apa keperluan kepada orang tersayang, seperti memberikan taraf kehidupan yang baik kepada mereka sebelum sesuatu perkara yang tragis berlaku keatas kami.

Semoga mangsa tersebut mati dengan tenang, ini adalah perasaan takut yang kami akan alami kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Hanya perlu berikan kami gaji untuk kami bekerja sebagai pengendali kren menara ini.

Tragedi kren menara jatuh ini saya syorkan ditonton oleh sesiapa yang mampu untuk menonton sahaja.

Saya akan pergi kepada anak-anak saya untuk mencium mereka sebelum saya tidak mempunyai peluang untuk berbuat demikian ketika menjalan tugas.

EDIT: Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa pengendali kren berumur 22 tahun dan beliau baru pertama kali bekerja dalam pembinaan. Walaupun punca berlakunya tragedi masih tidak jelas, tapi yang amat menakutkan adalah pemaju tidak bertanggungjawab telah menghantar pengendali kren menara tidak terlatih dan buruh. Sementara itu, kami telah melancarkan mogok. Saya tidak mempunyai keraguan bahawa kemalangan seperti ini akan berlaku di Ireland ketika pembinaan sedang dijalankan melainkan jika HSA (Health and Safety Authority) dan SOLAS (pihak berkuasa latihan Ireland) menjalankan tanggungjawab mereka bersama-sama dan menjalankan tugas mereka dengan betul. Video ini telah dihantar ke HAS menunjukkan orang yang tidak terlatih dihantar beroperasi ke kren kami di sini, SOLAS telah memberikan keterangan bahawa pekerja tidak terlatih mengendalikan kren mereka dan tidak melakukan apa-apa. Ini merupakan perkara salah yang dilakukan oleh mereka kerana tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul.




Sumber: Siakapkeli